top of page

Menjadi Mertua Mithali Dan Disayangi Menantu

Oct 30, 2020
4 min read

Updated: Dec 21, 2020

Di kesempatan ini suka saya memberikan sedikit tips bagaimana mertua juga dapat melakukan sesuatu agar hubungan bersama menantu lebih harmoni dan aman. Dengan itu, kita cuba melihat bagaimana mertua dapat melakukan sesuatu dengan melihat perspektif dari sudut menantu.


Panduan Menjadi Mertua Mithali

Terdapat beberapa perkara yang perlu diubah mertua agar dirinya tidak dianggap mengganggu hubungan anak menantu.


Pertama: Memberi ruang kepada anak dan menantu

Selaku mertua adalah penting untuk kita mempunyai garis sempadan sebelum kita mencampuri urusan rumahtangga anak dan menantu. Usahlah kita tergesa-gesa ingin membantu mereka, dikhuatiri tindakan kita itu akan mengeruhkan lagi suasana.

Sebaiknya, berikanlah peluang untuk anak kita dan isteri menyelesaikan dahulu segala sengketa dan isu yang ada. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka mencari jalan keluar mereka sendiri, dan membuktikan bahawa mereka sebenarnya mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri tanpa perlu meminta bantuan dan nasihat orang tua pada sesuatu perkara.


Namun begitu, tiada salahnya juga jika kita perasan dan rasa terdapat sesuatu yang tidak kena pada kehidupan rumahtangga anak-anak, sebagai contoh anak dan menantu tidak bertegur sapa dan kita pula perasan bahawa keadaan ini pula berlaku sekian lama, maka lakukanlah sesuatu. Sebaiknya ia dapat dimulakan dengan bertanya kepada anak kita sendiri akan apakah puncanya, dan jika mertua rapat dengan menantu, bolehlah juga ditanyakan pendapat kedua dari menantu agar dapat diketahui punca perbalahan dari kedua belah pihak.


Ibu bapa juga seterusnya boleh menasihati anak mereka, dan meminta pihak besan pula menasihati menantu mereka. Sebagai alternatif, kedua ibu bapa juga boleh mencadangkan anak dan menantu mendapatkan bimbingan kaunseling dan nasihat dari pakar terapi keluarga atau kaunselor.


Kedua: Mertua perlu menghormati keputusan anak dan menantu juga.

Mertua juga seharusnya perlulah menerima hakikat bahawa anak lelaki atau perempuan mereka sudah mempunyai keluarga sendiri, dan setiap apa yang mereka lakukan pastinya adalah adalah untuk kesejahteraan keluarga baru mereka. Dan dalam hal ini, pastinya sesudah mempunyai keluarga baru, setiap keputusan dan pendapat perlu kemuafakatan antara suami serta isteri dan bukan dari kedua ibu bapa atau mertua mereka, kerana setiap keputusan yang dilakukan bakal memberi kesan secara langsung pada rumahtangga yang dibina bersama.


Atas dasar itu, kedua ibu bapa atau mertua perlu mula belajar bagi memahami kehendak dan keperluan mereka. Berikanlah mereka kebebasan untuk membuat keputusan yang terbaik buat mereka, walaupun mungkin pada kita bukan sesuatu yang bijak. Selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip Islam, hormatilah keputusan anak dan menantu. Malah, andai kata keputusan yang mereka lakukan disedari sebagai satu kesilapan sekalipun, sekurang-kurangnya mereka telah belajar satu pengetahuan yang berguna.


Ketiga: Bersangka baik terhadap menantu

Apabila didapati menantu perempuan tidak memasak sesuatu untuk anak lelaki kesayangan, mertua khususnya ibu mertua usah cepat melatah dan berang terhadap menantu perempuan, kerana sebenarnya tindakan itu tidak banyak membantu dan sebaliknya semakin mengeruhkan suasana. Sebaliknya, sebaiknya mertua cuba bersangka baik terhadap menantu dan bersikap empati pada mereka, lebih-lebih lagi jika menantu perempuan mereka turut sama bekerja dan berkongsi bebanan suami dalam menguruskan perbelanjaan rumahtangga.


Berbeza dengan suri rumahtangga, pastinya menantu sangat letih dan perlukan masa untuk berehat seketika. Malah, terdapat pasangan moden yang tidak kisah jika isteri mereka tidak memasakkan untuk si suami, lantaran keduanya sama-sama bekerja dan pulang lewat, dan lebih selesa keluar makan luar bersama. Ini mungkin satu perkara yang kita kurang senang kerana budaya kita yang berbeza, tetapi jika itu yang menyenangkan keduanya dan kedua anak dan menantu kita ini pula tidak mendapati ianya suatu perkara yang salah, maka mengapa pula kita kesah?


Sebagai pilihan, mungkin ibu mertua jika berkelapangan boleh mencari masa berkualiti bersama anak menantu perempuan mereka ke pasar atau membeli belah atau sama-sama ke dapur di hujung minggu bagi mengajar mereka memasak sebagai contoh. Tidak mustahil, aktiviti ini akan mengeratkan hubungan antara menantu dan mertua, secara tidak langsung dengan kepandaian kemahiran baru mereka dalam memasak, mampu menambah lagi kasih sayang suami, lebih-lebih lahgi jika masakan tersebut adalah kegemaran anak lelaki kesayangan!


Keempat: Melihat kelebihan yang ada pada menantu.

Penting bagi seorang mertua itu untuk tidak hanya melihat sesuatu yang negatif sahaja pada diri menantu. Sebagai contoh, terdapat menantu wanita yang mungkin tidak gemar membuat kerja-kerja rumah, atau menantu lelaki yang sering tidur bila tidak bekerja. Kedua-dua sikap ini mungkin tidak digemari oleh orang tua. Namun, cubalah kita cari sesuatu sifat yang positif yang wujud dalam diri anak menantu kita. Usah kita terkejut jika kadangkala sifat-sifat positif dan nilai-nilai yang terpuji lebih banyak dari perkara-perkara yang tidak kita gemari.


Mungkin menantu kita seorang yang berat tulang atau suka tidur, tetapi sangat rajin bekerja bagi mencari rezeki. Bagi seorang suami, inilah perkara yang paling mustahak kerana ia merupakan tanggungjawab utama sebagai seorang suami dalam Islam. Manakala, bagi isteri ia merupakan sesuatu yang terpuji apabila si isteri membantu meringankan bebanan suami dalam mencari rezeki.


Kelima: Mertua perlu elak pilih kasih

Antara perkara yang perlu dielakkan oleh seorang mertua juga ialah sikap suka membanding-bandingkan antara seorang menantu dengan menantu yang lain, lebih-lebih lagi jika ia sering diulang setiap kali berjumpa dan bertemu. Sikap ini sebenarnya semakin merenggangkan hubungan antara kedua mertua dan menantu serta tidak membantu keadaan. Jika ini sudah wujud sekian lama, hentikanlah dari ia berlarutan dan menjadi satu kebiasaan.


Insyaallah, andai kata ini dapat dihentikan, saya yakin hubungan menantu dan mertua akan semakin pulih, dan jika ia dapat dilakukan dengan perkara-perkara lain yang disebutkan di atas, saya yakin jalinan hubungan yang lebih mesra akan dapat terjalin.



Bagi yang ingin memiliki buku Warna-Warni Kehidupan, sila ke link berikut, https://www.yusriyusoff.com/shop-front


Bagi mengetahui kursus-kursus menarik berkaitan rumahtangga dan kekeluargaan, sila ke link berikut, https://www.yusriyusoff.com/religious-classes


Bagi mendapatkan khidmat kaunseling, sila ke link berikut,


Mertua Mithali
Menjadi Mertua Mithali Tidak Mudah


330 Comments


There is something appealing about understanding materials and practical workshop tasks, especially when the focus stays on the details people might otherwise overlook. Knowing what a component needs to do can make choosing a material easier to discuss. That thought gives me a starting point for exploring practical technical skills in connection with Zhpifa. The smaller details are what I would want to return to, especially when an explanation feels too broad. Which questions should come before comparing different technical options?

Like

marco33854
a day ago

A discussion of following curiosity through everyday information seems more useful when it connects an idea with something easy to picture. A clear question can turn a casual interest into something easier to explore. With Yh75u in mind, Yh75u learning ideas feels like a topic worth exploring one question at a time. It leaves me curious about the steps between understanding an idea and putting it into practice. How do you decide which detail deserves a closer look before moving on?

Like

emilylee25912
a day ago

What interests me about exploring the details that shape a screen story is how a broad idea becomes part of an ordinary day. The order of two scenes can change what a viewer notices about a character. With Topvideosite in mind, film storytelling ideas feels like a topic worth exploring one question at a time. I am still thinking through the practical side, because the context can change what seems useful. Which small details make you want to revisit a scene after the story ends?

Like

I keep coming back to the everyday side of following curiosity through everyday information, where a simple detail can lead to a wider question. A clear question can turn a casual interest into something easier to explore. For Zngoxx, I would use Zngoxx learning ideas as a starting point for a closer discussion of the subject. I can imagine different responses depending on the situation, which makes the question more interesting. How do you decide which detail deserves a closer look before moving on?

Like

The theme of choosing useful digital tools makes me curious about what people notice in their own everyday experiences. A tool becomes useful when it makes a specific task easier rather than simply adding another option. That is why the connection between Vvp2p and everyday technology skills makes me want to think through an example. That is the part I would keep thinking about after moving on to something else. How would you compare two tools using the same everyday task?

Like

For enquiry on any classes and consultation services, please email yusri@yusriyusoff.com.

​

For any other enquiry, please fill out the form on the right and we’ll get back to you as soon as we can.

​

Ustaz Yusri Yusoff

yusri@yusriyusoff.com

​

+65 8949 4642 (Whatsapp Text Only)

Singapore

Thanks for submitting!

  • Facebook
  • Black Facebook Icon

© 2021 by Yusri Yusoff. Proudly created with Wix.com

bottom of page