top of page

3 Asas Penting Dalam Rumahtangga

Dec 21, 2020
4 min read

Updated: Apr 27, 2022

Pernah satu ketika saya berkomunikasi dengan teman-teman rapat saya melalui aplikasi Whatsapp, tiba-tiba perbualan kami terarah kepada hal-hal rumahtangga. Kemudian kami mula berkongsi pendapat dan pandangan masing-masing dalam hal perkahwinan dan rahsia meningkatkan kemesraan dalam hubungan antara suami dan isteri.


Tergerak pula saya ketika itu untuk berkongsi tentang tiga perkara asas yang sangat-sangat penting dalam setiap perkahwinan, dan perkara yang sama ini jugalah yang sering tekankan kepada setiap bakal mempelai dalam kursus-kursus rumahtangga yang pernah saya kendalikan. Perkara yang sama juga saya sentuh dalam sesi kaunseling saya ketika berdepan dengan isu-isu rumahtangga di antara pasangan suami dan isteri.


Ketiga-tiga perkara ini tersangatlah penting dalam usaha kita memastikan rumahtangga yang didirikan dalam keadaan penuh dengan rasa cinta, kasih sayang dan harmoni seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya (sakinah), dan dijadikan-Nya di antaramu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [Ar-Ruum: 21]


Kegagalan dalam memahami ketiga-tiga perkara ini boleh mengakibatkan kerenggangan dalam hubungan rumahtangga, yang seterusnya boleh membawa kepada perbalahan dan tidak mustahil akhirnya berlaku perceraian kerana pasangan tidak memahami dan bersikap sambil lewa dalam ketiga-tiga perkara tersebut. Tiga perkara yang saya maksudkan ini ialah:


Pertama: Tanggungjawab

Bagi perkara tanggungjawab ini, saya suka ingin menyentuh salah satu dari tanggungjawab yang paling utama; iaitu perkara nafkah yang merupakan tanggungjawab seorang suami. Menurut syariat, suamilah yang sewajarnya memberi tanggungan kepada isteri dan keluarganya. Malah melaksanakannya merupakan satu perkara yang sangat terpuji dan disanjung Allah berbanding dengan amalan infaq yang lain.


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, satu dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hamba sahaya – lalu dapat segera merdeka, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin dan satu dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada keluargamu itu.” [Muslim]


Namun dalam situasi sekarang keadaan sudah berubah, dengan sara hidup yang semakin meningkat, ramai dari kalangan isteri juga turut membantu meringankan bebanan suami. Walaupun begitu, sama ada si suami menanggung nafkah secara total mahupun pada kadar tertentu dan tidak sepenuhnya, pastinya kegagalan melaksanakan tangggungjawab ini akan menghilangkan rasa hormat si isteri.


Dalam jangkamasa panjang, perasaan kasih sayang juga akan semakin lama semakir pudar dan menyebabkan hubungan intimasi antara keduanya turut terjejas dan semakin dingin, lebih-lebih lagi jika si isteri pula mengambil alih tanggungjawab suami dalam menguruskan perbelanjaan keluarga kerana sikap tidak bertanggungjawab suami.


Kedua: Kasih Sayang

Sesuai dengan anjuran Islam yang mensyariatkan pernikahan sebagai satu wadah bagi menjalinkan rasa cinta, kasih sayang dan ketenangan pada pasangan yang berumahtangga. Maka setiap pasangan perlu menzahirkannya dalam hubungan masing-masing; iaitu hendaklah kita melayan suami atau isteri kita dengan baik dan lembut, menyayangi mereka sama seperti sebelum berumahtangga. Sentiasa menghormati pasangan kita dan tidak sekali-kali menggunakan kata-kata yang kesat yang pastinya merupakan satu perkara yang tidak wajar kita lepaskan kepada pasangan kita.


Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-isterinya.” [Ahmad]


Begitu juga dengan firman Allah: “Dan bergaullah dengan mereka (para isteri) dengan cara yang baik.” [An-Nisaa: 19]


Bagi suami khususnya, sekalipun sebagai contoh mereka tidak pernah cuai dalam melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah, namun kegagalan dalam memberi kasih sayang dan bersikap rahmah serta melayan isteri dengan baik boleh menimbulkan isu-isu lain yang merosakkan rumahtangga.


Rumahtangga terbentuk dengan kasih sayang, namun andai kata tiada lagi rasa cinta dan kasih sayang lantaran layanan kurang baik pasangan, pastinya bukan satu perkara yang sihat dalam perkahwinan.


Menurut pengamatan saya, banyak kes-kes perceraian antaranya berpunca dari faktor ini, tidak kurang juga kes-kes kecurangan terjadi kerana suami atau isteri tidak lagi melayan pasangan dengan baik seperti sering memaki dan mencela teman hiduo kita, dan akibat dari ini menjejaskan hubungan intimasi antara keduanya, yang bakal saya jelaskan selepas ini.


Ketiga: Intimasi

Sebenarnya hal intimasi juga berkait rapat dengan perkara-perkara sebelumnya. Ketiadaan kasih sayang dan pengabaian tanggungjawab boleh mengakibatkan hubungan intimasi atau seksual antara suami isteri terjejas. Bagaimana mungkin berlaku intimasi, jika antara pasangan suami isteri atau salah seorang dari keduanya wujud rasa benci dan rasa dirinya dilayani dengan kasar, dilimparkan kata-kata nista lagi tercela, apatah lagi jika perlaku keganasan dalam rumahtangga!


Malah ini juga bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Zam’ah katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Adakah patut seseorang kamu memukul isterinya bagaikan memukul seseorang hamba kemudian menidurinya pada malamnya”. [Bukhari]


Begitu juga jika sang suami melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberikan nafkah, atau kedua pasangan suami isteri ini saling menyayangi dan mengasihi antara keduanya, hidup dengan aman dan damai serta harmoni. Namun pada masa yang sama, hubungan intimasi tidak berlaku sama sekali, atau berlaku sesekali sahaja kerana sebab-sebab tertentu atas alasan kerja mahupun kerana sebab sakit contohnya, maka pastinya ini juga boleh menjejaskan rumahtangga dan tidak mustahil lama kelamaan akan menghakis perasaan cinta dan kasih sayang antara keduanya.


Jelas dengan ini, ketiga-tiga perkara ini sama penting dan saling berkait antara satu sama lain. Bahkan, pengabaian salah satu dari tiga elemen penting ini seperti tidak bertanggungjawab contohnya, bakal memberi kesan kepada perasaan kasih sayang pada pasangan kita yang seterusnya boleh memberi impak pada hubungan intimasi kita.


Semoga melalui perkongsian ini, kita bakal menjadi suami dan isteri yang lebih peka pada keseluruhan aspek perhubungan sesama pasangan kita, baik dari sudut material, emosi mahupun fizikal. Ini kerana perkahwinan merupakan satu amanah dan perlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan rumahtangga kita dalan keadaan aman, damai dan harmoni.


Bagi menyertai program 'Konflik Rumahtangga', sila ke link berikut, https://www.yusriyusoff.com/religious-classes


Bagi mendapatkan khidmat kaunseling, sila ke link berikut,

Bagi yang ingin membaca artikel-artikel lain yang menarik berkenaan informasi tentang rumahtangga, sila ke link berikut, https://www.yusriyusoff.com/articles/categories/rumahtangga


Asas Penting Rumahtangga
Asas Penting Rumahtangga Bermula dari tanggungjawab. Photo by Aidil Bahaman from Pexels

18 Comments


fly888 giúp tôi xem xét sự liên kết giữa các khu vực giải trí và những thông tin hỗ trợ đi kèm. Khi tìm hiểu Casino, Nổ Hũ và Xổ Số, tôi chú ý liệu người dùng có thể tìm thấy hướng dẫn liên quan mà không phải quay lại trang chủ nhiều lần hay không. Việc bố trí các liên kết hỗ trợ ở vị trí dễ nhận biết có thể giúp quá trình khám phá liền mạch hơn. Tôi cũng quan sát cách nền tảng trình bày nội dung trên những trang khác nhau, từ tiêu đề đến các nút điều hướng, nhằm đánh giá tính nhất quán. Theo tôi, hệ sinh thái có nhiều danh mục cần một…

Like

https://gg88.cn.com/ cho tôi một bối cảnh để đánh giá cách thông tin về kết quả và trạng thái được thể hiện trong các khu vực có dữ liệu thay đổi. Tôi chú ý tên trường thông tin, thứ tự trình bày và cách phân biệt dữ liệu với những phần mô tả bổ sung. Khi nội dung gồm nhiều dòng hoặc nhiều trạng thái gần nhau, người đọc cần nhận biết rõ mỗi thông tin thuộc về mục nào. Nếu cách căn chỉnh không nhất quán hoặc nhãn quá mờ nhạt, khả năng đọc nhầm sẽ tăng lên. Tôi cũng xem xét liệu phần giải thích có đủ ngữ cảnh để tránh hiểu sai các ký hiệu hay không. Với tôi,…

Like

on 68 khiến mình tập trung vào cách thông tin thể thao được trình bày khi người dùng muốn tìm một trận đấu cụ thể. Mình xem khu vực bóng đá, quan sát cách trận đấu và các lựa chọn như kèo chấp, Tài Xỉu, phạt góc được giới thiệu, rồi chuyển sang bóng rổ và tennis để so sánh cách phân chia môn thi đấu. Điều mình quan tâm là tên giải, thông tin trận và các lựa chọn liên quan có được tách bạch rõ ràng hay không. Sau đó, mình xem thêm mục esports để nhận diện sự khác biệt giữa các bộ môn. Theo mình, dữ liệu thể thao cần có thứ tự dễ đọc và cách…

Like

Hi88 cho tôi một tình huống đánh giá khác khi xem cách giao diện thích nghi giữa máy tính và điện thoại. Trên màn hình lớn, nhiều danh mục có thể được hiển thị cùng lúc, nhưng khi chuyển sang màn hình nhỏ, người dùng thường phải tìm menu hoặc cuộn qua nhiều phần nội dung hơn. Tôi thử xác định lại các khu thể thao, casino trực tuyến, bắn cá, nổ hũ và game bài để xem tên gọi có dễ nhận biết trong bố cục thu gọn hay không. Những chức năng tài khoản cũng cần giữ được khả năng tiếp cận khi không gian hiển thị thay đổi. Tôi không cho rằng hai giao diện phải giống hệt…

Like

XX8 khiến tôi quan tâm đến việc phân biệt nội dung giải trí với các thông tin quan trọng về điều khoản và quyền riêng tư. Tôi đi qua những danh mục như thể thao, Casino, game bài, bắn cá, nổ hũ và xổ số để xem cách điều hướng được tổ chức, rồi chuyển sang các liên kết về điều khoản sử dụng, chính sách bảo mật và thông tin liên hệ. Cách sắp xếp này giúp tôi đánh giá liệu người dùng có thể tìm thông tin nền tảng mà không phải dò qua từng nhóm trò chơi hay không. Tôi cũng chú ý đến mục giấy phép kinh doanh, nhưng sự xuất hiện của một liên kết chưa…

Like

For enquiry on any classes and consultation services, please email yusri@yusriyusoff.com.

​

For any other enquiry, please fill out the form on the right and we’ll get back to you as soon as we can.

​

Ustaz Yusri Yusoff

yusri@yusriyusoff.com

​

+65 8949 4642 (Whatsapp Text Only)

Singapore

Thanks for submitting!

  • Facebook
  • Black Facebook Icon

© 2021 by Yusri Yusoff. Proudly created with Wix.com

bottom of page