Suami Tidak Memberi Nafkah
- Yusri Yusoff
- May 9, 2021
- 4 min read
Melalui pengalaman kaunseling saya kebelakangan ini, tren di mana isteri mengadu suami tidak membayar nafkah rumah tangga semakin bertambah. Malah sebaliknya si isteri yang menanggung suami dan keluarga. Ini bukanlah satu kes yang eksklusif dan terpinggir, tapi sebenarnya antara sebab-sebab perceraian yang utama juga.
Apa Itu Nafkah Rumahtangga?
Nafkah dalam Islam sebenarnya merupakan tanggungjawab mutlak para suami. Maknanya, suami bekerja dan perlu menyediakan tempat tinggal dan makan minum keluarganya. Dalam konteks hari ini, maknanya beli rumah flat, bayar duit tong sampah rumah, bil api air, bil telefon rumah, duit pasar dan lain-lain. Termasuk dalam perkara nafkah juga bil perubatan isteri.
Namun terdapat juga di mana senario suami isteri bekerja, suami dan isteri berkongsi sama rata atau peratusan tertentu bagi perbelanjaan keluarga. Dalam hal ini, suami tidak membayar nafkah 100% kerana sebahagian perbelanjaan keluarga ditanggung isteri. Maknanya dalam kedua senario ini, jika suami tidak menunaikan bahagiannya, suami tersebut dianggap tidak memberi nafkah, kerana keduanya sudahpun bersetuju dan bermuafakat. Beginilah biasanya 'arrangement' suami isteri dalam konteks kehidupan hari ini.
Namun apa banyak berlaku dalam kes-kes rumahtangga yang akhirnya membawa kepada perceraian ialah di mana si suami akhirnya bergantung kepada isteri dan mengambil kesempatan daripada kesediaan isteri bekerja. Tidak kiralah suami tersebut mempunyai pekerjaan ataupun tidak. Jika si suami bekerja, dalam kes seperti ini, duit gaji mereka sama ada diperuntukkan sedikit sahaja dan kurang dari apa yang dijanjikan atau langsung tidak diberikan.
Dilemma Isteri
Kebanyakan dilemma isteri yang datang mengadu dalam kes kaunseling yang saya kendalikan, ialah mereka keliru dengan hak mereka. Ini ialah kerana kadangkala para suami mereka ini terdiri dari kalangan mereka yang ahli masjid dan jenis orang yang bersolat juga, dan pandai berbual tentang agama.
Isunya si isteri yang menanggung suami dan keluarga ini biasanya akan semakin pudar kasih sayang mereka kerana diperlakukan sebegitu rupa. Rasa cinta pula semakin hilang, malah diganti dengan rasa benci. Ini ditambah pula bila pengorbanan mereka tidak dihargai, malah diganti pula dengan kata-kata kesat dan kelakukan yang menyakitkan hati. Terdapat juga kes-kes di mana, sang suami dahlah tak bayar nafkah, ada hati pula nak berkahwin satu lagi!
Isteri juga kadangkala dilemma kerana walaupun sudah tiada perasaan pada suami dan yang cuma ada hanyalah rasa benci. Namun, apabila malam hari. Suami masih lagi minta dilayani dan minta untuk berintimasi bersama. Isteri keliru, kerana apabila menolak, isteri dituduh sebagai derhaka serta nusyuz. Tidak masuk syurga dan dilaknati malaikat.
Dakwaan Isteri Yang Tidak Melayan Suami Dilaknati Malaikat Hingga Subuh
Soalannya adakah betul tanggapan demikian? Sebenarnya hujjah hadis bahawa malaikat melaknati isteri yang tidak melayan suami sehingga Subuh, perlulah difahami secara menyeluruh. Ia juga perlu dinilai dengan hadis-hadis Nabi yang lain juga, dan tidak boleh dinilai secara bersendirian dan berasingan.
Bagaimana pula dengan hadis di mana Nabi juga mengecam suami yang menzalimi isteri dan mengharapkan layanan pada malam hari, seperti hadis daripada Abdullah bin Zam'ah yang katanya, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Adakah patut seseorang kamu memukul isterinya bagaikan memukul seseorang hamba kemudian menidurinya pada malamnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ia juga jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan amalan Baginda saw, seperti yang diriwayatkan daripada Hakim bin Mua'wiyah al-Qusyairi, daripada ayahnya, yang berkata kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami?" Rasulullah bersabda: "Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian, dan tidak memukul wajahnya, tidak boleh mencelanya, dan tidak boleh mendiamkannya melainkan di rumah." (Abu Dawud)
Kembalilah kita kepada tanggungjawab asas seorang suami iaitu melayan isteri dengan baik, sesuai dengan firman Allah: "Dan pergaulilah mereka (yakni isteri) secara baik." (Al-Nisaa, 4:19)
Tidakkah Allah pernah berfirman: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah Al-Rum: 21)
Hubungan seksual yang dilakukan dengan terpaksa dan bukan atas dasar kasih sayang juga seolah-olah penderaan terhadap pasangan, dan bertentangan dengan prinsip perkahwinan itu sendiri. Bagaimana mungkin seseorang itu berharap agar isterinya hormat kepadanya, tetapi dia sendiri tidak menghormati maruah isterinya, malah ingin bermesra pula di malam hari! Melayan melakukan intimasi dengan rasa terpaksa dan tiada rasa cinta, jika berterusan juga boleh membawa kepada isu kesihatan mental kepada isteri jika ianya berterusan. Malah kepada suami juga, jika dilayan isteri sebegitu rupa.
Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih kepada para HambaNya, tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Setiap hambaNya masing-masing mempunyai hak untuk dilayani dengan baik dan mesra. Sebaliknya kelakuan yang bersifat menzalimi pasangan dan tidak melaksanakan tanggungjawab pastinya akan dihukum Tuhan yang Maha Berkuasa.
Jelas hadis isteri dilaknati hingga ke Subuh, perlu difahami dalam konteks yang lebih luas. Ini kerana Islam pada masa yang sama juga menitikberatkan kasih sayang dan keharmonian rumah tangga, bahkan itulah tujuan utama perkahwinan disyariatkan. Namun, jika segala tanggungjawab sudah ditunaikan. Isteri juga dilayan dengan baik dan hormat. Namun saban malam, minggu dan bulan tetap ditolak permintaan suami. Maka dalam hal ini, pastinya hadis tadi boleh diaplikasikan. Bahkan bukan pada isteri sahaja, juga pada suami yang tidak menunaikan nafkan batin terhadap isteri.
Bolehkah Isteri Tuntut Cerai?
Timbul juga persoalan daripada para klien saya, bolehkah mereka sebagai isteri untuk menuntut cerai? Ini kerana kebanyakan dari mereka rasa bersalah kerana merasa dirinya menderhakai suami dan dituduh sebagai nusyuz oleh suami.
Respon saya, pertama sekali. Suami yang nusyuz! (Ini perlu kepada perbahasan lain, namun pembaca boleh rujuk Surah Al-Nisaa, 4:128). Sebagaimana suami boleh melafazkan cerai sama ada bersebab atau tidak bersebab. Isteri juga boleh menuntut cerai jika suami tidak menjalankan tanggungjawab (dalam hal ini nafkah).
Namun, perbincangan ini perlu melalui diskusi yang lebih menyeluruh kerana isteri juga perlu menimbangkan perkara-perkara lain juga. Benarkah yang mereka memang hendak berpisah? Apakah kesannya? Adalah mereka masih lagi ada rasa cinta pada suami? Jika berpisah apakah kesannya, dan jika tidak berpisah apa pula kesannya? Atau, mereka masih lagi ingin berikan peluang kepada pasangan?
Maka dalam isu ini, adalah wajar isteri atau pasangan suami isteri berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan bimbingan dan pandangan. Setiap pasangan isunya berbeza dan responnya juga pasti tidak sama.
Bagi suami yang berkenaan, usahlah ambil kesempatan daripada kesediaan isteri yg ingin membantu. Tahap kesabaran isteri ada batasannya. Bukan bermakna mereka diam. Mereka OK. Tapi kadang tak kuasa. Biasanya begini bila sudah sampai satu tahap. Meletup. Habis. langsung ke mahkamah. Tiada maaf bagimu.
Bagi mendapatkan khidmat kaunseling, sila ke link berikut,
atau bagi testimonial maklum balas klien, sila ke https://www.yusriyusoff.com/testimonials
Bagi yang ingin membaca artikel-artikel lain yang menarik berkenaan informasi tentang rumahtangga, sila ke link berikut, https://www.yusriyusoff.com/articles/categories/rumahtangga
Bagi yang ingin memiliki buku Warna-Warni Kehidupan, sila ke link berikut, https://www.yusriyusoff.com/shop-front

Photo by kilarov zaneit on Unsplash
.png)



Khi truy cập 28bet game để tìm hiểu, tôi bắt đầu bằng việc thử chuyển qua lại giữa các khu trò chơi để cảm nhận cách hệ thống phản hồi. Từ trải nghiệm đó, tôi nhận thấy cách các nhóm nội dung được liên kết khá trực tiếp. Khi tiếp tục mở sâu hơn từng mục, tôi quan sát cách dữ liệu thay đổi theo thao tác. Sau một thời gian sử dụng, nhịp di chuyển trong hệ thống trở nên quen hơn.
Trong lúc trải nghiệm F168, tôi quan tâm nhiều hơn đến phần hướng dẫn và quản lý thông tin cá nhân thay vì chỉ nhìn vào giao diện trò chơi. Các mục như xác minh tài khoản, lịch sử đăng nhập, thay đổi dữ liệu và cài đặt bảo mật được hiển thị khá rõ. Tôi nghĩ người dùng nên xem thêm điều khoản sử dụng và cách nền tảng hỗ trợ kiểm soát thông tin cá nhân
Khi trải nghiệm UU88 ở mức tìm hiểu, tôi quan tâm đến cách nền tảng giữ cho các chuyên mục không bị lẫn vào nhau. Phần bắn cá được đặt trong một khu vực riêng, có nhiều phòng chơi, hiệu ứng hình ảnh và cơ chế thao tác khá dễ nhận biết. Tôi nghĩ người dùng nên để ý đến mức cược, cách tính điểm thưởng, tốc độ phản hồi và việc tự đặt giới hạn cá nhân.
Việc phát triển các nền tảng giải trí trực tuyến hiện đại thường tập trung vào yếu tố công nghệ và khả năng vận hành ổn định khi xử lý nhiều dịch vụ cùng lúc. Các hệ thống thường tích hợp thể thao, casino live, slot nổ hũ, game bài và xổ số trong cùng một nền tảng. Trong quá trình kiểm tra thực tế, tôi ghi nhận luck8 vận hành đồng thời nhiều tính năng như xác thực OTP, chuyển quỹ nhanh, lịch sử giao dịch và hỗ trợ live chat nhằm đảm bảo trải nghiệm người dùng được liên tục. Kho trò chơi được sắp xếp theo từng chuyên mục rõ ràng giúp thao tác dễ dàng hơn. Hệ…
Khi mình sử dụng các nền tảng giải trí trực tuyến trên cả điện thoại lẫn máy tính, mình thường quan sát khả năng đồng bộ giao diện và tốc độ xử lý khi thao tác liên tục giữa nhiều khu vực khác nhau. Nếu hệ thống không tối ưu tốt thì trải nghiệm sẽ dễ bị gián đoạn. Trong lúc tìm hiểu open88 com mình thấy nền tảng có bắn cá, casino live, slot và thể thao được chia thành từng mục riêng giúp người dùng dễ tìm kiếm và thao tác hơn. Hệ thống phản hồi tương đối ổn khi tải phòng mới hoặc chuyển đổi giữa các trò chơi nhiều lần liên tiếp. Điều này giúp trải nghiệm…