4 Muhasabah Buat Anak Yang Kehilangan Ibu Bapa
Tanggal 11 Januari 2016 merupakan hari yang sangat hiba buat saya. Pada tarikh tersebut, bapa yang dikasihi telah pergi meninggalkan saya buat selamanya. Dengan itu, perkongsian ini seolah sebagai satu peringatan untuk saya sendiri di samping sebagai manfaat buat pembaca sekalian.
Artikel ini ditulis dengan tujuan bagi kita melakukan refleksi dan muhasabah selepas kepergian orang yang paling kita cintai dan kasihi seperti ibu bapa kita, apa yang patut dilakukan dan diperbaiki sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada ibu atau bapa kita, selain langkah seterusnya buat diri kita sendiri dengan mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku.
Antara muhasabah dan refleksi yang perlu saya sendiri renungkan dan dapat sama-sama kita lakukan ialah:
Pertama - Mendoakan kedua ibu bapa
Antara perkara yang boleh kita lakukan selepas peninggalan ibu bapa kita ialah mendoakan mereka, ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Namun hadis ini juga menyebut bahawa doa tersebut perlu lahir dari seorang anak yang soleh atau solehah. Bagaimana mungkin doa kita mampu membantu menambah kebajikan arwah ibu atau bapa kita, jika kita sendiri bukan seorang hamba yang hampir kepada Allah, atau hamba yang suka beribadah kepada-Nya, serta hamba yang cinta kepada kebaikan dan benci kepada keburukan?
Oleh itu, jika kita ingin bantu ibu dan bapa kita, maka doakanlah mereka. Namun sebelum itu, tingkatkanlah amal soleh dan eratkan hubungan kita dengan Allah, mudah-mudahan dengan semakin tinggi kedudukan kita di sisi Allah, semakin mudah doa kita sampai kepada Allah dan seterusnya mampu menambah saham dan bekalan ibu bapa kita di hari akhirat kelak.
Pohonlah doa untuk arwah ibu atau bapa kita atau keduanya dengan memohonkan keampunan kepada Allah s.w.t. tanpa gagal pada setiap waktu solat kita dengan doa seperti berikut:
“Tuhanku! ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.”
Kedua - Mengasihi Teman ibu bapa
Selain dari doa anak yang soleh terhadap kedua ibu bapa, terdapat kebaikan lain yang masih boleh kita teruskan terhadap kedua ibu bapa kita yang sudah tiada lagi dunia, antaranya dengan meneruskan hubungan silaturrahim bersama teman yang dicintai oleh arwah kedua ibu bapa kita.
Pernah diriwayatkan dari Abu Usaid Malik bin Rabi'ah Sa'idi r.a. berkata bahawa ketika kami berada di samping Rasulullah s.a.w., seorang lelaki daripada Bani Salimah telah datang lalu berkata, "Ya Rasulullah, setelah kedua-dua ibu bapa saya meninggal dunia adakah masih ada apa-apa cara untuk saya berlaku baik terhadap mereka berdua?" Baginda s.a.w bersabda: "Ya, berdoa untuk mereka, memohon keampunan untuk mereka, menunaikan wasiat mereka setelah peninggalan mereka, menghubungkan silaturrahim dengan orang-orang yang ada hubungan kekeluargaan melalui mereka dan memuliakan rakan-rakan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)
Ini bermakna seperti mana kasih ibu bapa kita terhadap mereka, begitulah kasihnya kita juga terhadap mereka. Jalinkanlah teman arwahnya dengan menziarahi mereka, sambil bertanya khabar, menghulurkan pertolongan serta memberikan hadiah mahupun membantu dari sudut kewangan bagi mereka yang mempunyai kelapangan.
Moga kegembiraan yang dapat kita hasilkan pada teman ibu bapa kita mampu menjadi satu lanjutan kebaikan untuk ibu bapa kita walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita.
Ketiga – Mengeratkan hubungan antara keluarga
Biasanya selepas seseorang yang terdekat dalam keluarga meninggalkan kita, hubungan sesama adik beradik dan keluarga kadangkala secara tidak langsung semakin erat dan kukuh.
Maka ambillah peluang ini untuk sesama kita adik beradik saling mengingatkan antara satu lain. Ingatkanlah sesama keluarga bahawa menjadi tugasan kita selaku anak untuk sentiasa mendoakan keampunan bagi kedua orang tua kita yang sudah terlebih dahulu meninggalkan kita.
Ingatlah, untuk membuktikan kasih kita bukanlah dengan hanya bersedih tanpa berbuat apa-apa, tetapi sebaliknya dengan memulakan lembaran baru, pertingkatkan amal dan kedudukan kita di sisi Allah dan seterusnya berdoa.
Pada yang sama, adalah tidak kurang penting juga untuk sentiasa mengingatkan sesama adik beradik kita dalam meneruskan nilai-nilai positif yang telah disemaikan oleh kedua ibu bapa kita, kerana itu sahajalah antara saham yang boleh kita lakukan bagi menambah kebajikan kita sebagai amal jariah mereka kepada kita seperti sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada satu kebaikan maka baginya seperti pahala pelakunya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Keempat – Ingatan untuk diri sendiri
Pemergian orang yang dikasihi dan paling hampir hampir dengan kita pula, juga sebenarnya satu peringatan untuk diri kita sendiri bahawa maut bila-bila sahaja mampu menjemput kita. Ia sewajarnya mengingatkan kita untuk tidak alpa. Malah perlu untuk sentiasa sediakan bekalan dengan perbanyakan zikir dan doa yang mampu mengingatkan kita terhadap kematian selain dari pengampunan dan doa kita agar Allah menjauhkan kita dari azab-Nya di hari kemudian.
Antara banyak doa yang boleh diamalkan ialah doa-doa ma’thur yang boleh yang dianjurkan Rasulullah untuk dibaca ketika solat, antaranya doa-doa berikut:
a. Doa ketika bacaan iftitah:
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ
الأَبْيَضُ مِنْ الدَّنَسِ اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ
“Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dengan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara arah timur dan barat. Ya Allah, bersihkan diriku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju yang putih dibersihkan dari kotoran. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahan – kesalahanku dengan salju, air dan embun.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
b. Doa ketika ruku’ dan sujud:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
“Maka suci Engkau, Ya Allah, Wahai Tuhan kami dan segala pujian bagi-Mu. Ya Allah, ampunilah aku.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)
c. Doa ketika selepas tasyahhud dan sebelum salam:
ال لَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ
الْمَمَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari azab kubur. Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari fitnah al-Masih Dajjal. Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari dosa dan hutang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)
Semoga apa yang dikongsi kali ini mampu menjadi peringatan buat kita yang masih hidup bahawa hidup ini hanyalah sementara, hari akhirat jualah yang kekal. Dengan itu hendaklah kita sentiasa beringat dan memperbanyakkan amal, agar mudah-mudahan selain dari bekalan untuk diri kita sendiri di hari kemudian, ia juga berguna sebagai doa yang mampu menambahkan amal kebajikan buat ibu bapa yang kita kasihi dan cintai.

.png)



일정이 빡빡한 날에는 멀리 이동하지 않고 휴식을 취할 수 있는 방법이 특히 반갑습니다. 집이나 숙소처럼 익숙한 공간에서 이용할 수 있어 출장마사지 편리하며, 개인의 생활 패턴에 맞춰 시간을 조절하기에도 좋습니다. 이용 전에 서비스 내용과 비용을 확인하면 더욱 만족스러운 휴식 계획을 세울 수 있을 것 같아요.
이용 과정이 간단하고 업무 설명이 명확해서 부담 없이 시작할 수 관련 후기도 많아 참고하기 유흥알바 좋았고 실제 근무 환경도 설명과 비슷해 만족스러운 경험이었습니다.
하루 일과가 늦게 끝나는 분들에게는 저녁 이후 가능한 근무 정보가 유용할 수 있습니다. 알아볼 때 근무 시작과 종료 시간, 업무 내용, 이동 거리를 밤알바 함께 살펴보면 선택하기 편합니다. 개인 일정과 체력에 맞춰 적절한 시간을 정하는 것이 꾸준히 활동하는 데 중요합니다.
개인적인 공간에서 차분하게 쉴 수 있는 시간을 원한다면 서비스 선택 기준을 정리해 보세요. 장소 선택의 편의성이 장점이며, 위생 관리와 요금 안내, 예약 변경 조건을 수원출장마사지 확인하면 여러 업체의 특징을 합리적으로 비교할 수 있습니다.
하루 동안 쌓인 피로를 풀기 위해 무리하게 외출할 필요 없이 편안한 공간에서 관리를 받을 수 있어 좋았습니다. 출장마사지 시간과 장소를 효율적으로 활용할 수 있고, 어깨나 허리처럼 자주 긴장되는 부위를 편안하게 관리하는 데 도움이 되어 일상적인 휴식 방법으로 괜찮았습니다.