top of page

Panduan Lengkap Solat Tahajjud

Updated: Apr 27, 2022

Pada artikel kali ini, saya akan berkongsi mengenai segala maklumat yang perlu kita ketahui tentang solat sunat tahajjud dan kaitannya dengan solat sunat witir atau solat-solat malam yang lain.


Pensyariatan Solat Tahajjud

Pensyariatan solat tahajjud atau asal mula ia disyariatkan ialah melalui firman Allah dalam surah al-Isra': “Dan daripada sebahagian malam hari, solat tahajudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu memberikanmu kedudukan yang terpuji.” (Surah al-Isra’ 17: 79)


Begitu juga dengan firman Allah dalam surah al-Muzammil. Firman Allah: “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’. (Al Muzammil 1-4)


Walaupun ayat ini ditujukan buat Rasulullah s.a.w., galakan untuk solat sunat Tahajjud ini juga turut ditujukan buat umat Nabi Muhammad s.a.w. juga. Cuma ayat ini sebenarnya pada masa yang sama merupakan ayat perintah kepada Rasulullah untuk tidak meninggalkan solat solat tahajjud, dengan kata lain, ianya wajib buat Nabi. Dalam hal ini, ianya merupakan khusushiyyah, atau kewajipannya khas buat Nabi sahaja, dan tidak kepada umatnya. Ia samalah seperti poligami, berkahwin lebih pada empat, khas buat Nabi sahaja, dan tidak pada yang lain.


Waktu Solat Tahajjud

Solat tahajjud ini merupakan sebahagian daripada jenis-jenis solat malam (solatullail). Yakni solat yang hanya dilaksanakan pada waktu malam atau awal pagi. Saya akan jelaskan lebih terperinci selepas ini. Cuma buat masa ini, saya akan jelaskan masuk waktu solat malam dahulu.


Menurut sebahagian pendapat, solat malam bermula sebaik sahaja matahari terbenam dan berakhir hingga bermulanya waktu subuh. Maksudnya sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, dan selepas selesai solat Maghrib, solat-solat sunat yang dilakukan selepas itu dikira sebagai solat malam, dan ini termasuklah solat tahajjud. (Imam al-Marwazi Qiyamullail Wa Qiyam Ramadan Wa Kitab al-Witr)


Namun menurut pendapat majoriti Fuqaha' atau Ulama Fiqh termasuk mazhab Shafi'i, permulaan solat malam ialah selepas mengerjakan solat Isyak. Ini bermakna solat sunnah ba'diyyah Isya', sudah termasuk dalam solat malam. Ini bermakna, jika dalam bulan Ramadan, solat Terawih juga termasuk di antara solat-solat malam. Manakala akhir waktunya pula ialah apabila terbit fajar yang kedua atau masuk waktu Subuh. Beginilah pendapat jumhur ulama termasuk ulama Shafi‘i. (Mughni al-Muhtaj)


Fadhilat Solat Tahajjud

Kelebihan solat sunat tahajjud ini banyak sekali dirakam dalam hadis-hadis Nabi, antaranya ialah dalam hadis-hadis berikut:


"Ketahuilah, sesungguhnya Allah s.w.t. berasa hairan (kagum) terhadap dua orang lelaki, seseorang yang bangun pada malam yang dingin dari tempat tidurnya dan selimutnya di antara orang yang dikasihinya dan ahli keluarganya, lalu ia melakukan solat." Allah s.w.t. berfirman:


‘Lihatlah kamu pada hamba-Ku yang bangun pada malam yang dingin dari ranjang dan selimutnya di antara orang yang dikasihinya dan ahli keluarganya, lalu ia melakukan solat. Ia melakukan kerana mengharap apa yang ada di sisi-Mu dan rahmat daripada apa yang ada di sisi-Mu pula.’” (Sahih Ibn Hibban)


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tuhan kami turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga akhir malam. Allah berkata:

Sesiapa yang berdoa kepada Aku maka Aku akan makbulkan untuknya. Sesiapa yang meminta kepada Aku maka Aku akan berikan kepadanya. Sesiapa yang memohon keampunan kepada Aku maka Aku akan ampuni dia. (Sahih Bukhari)


Solat Tahajjjud Selepas Selesai Solat Witir

Masih bolehkah kita mendirikan solat malam dua rakaat atau lebih selepas witir? Persoalan ini timbul kerana pada setiap kali tiba Ramadan, umat Islam biasanya akan solat witir tiga rakaat sebelum tidur, dan selepas itu bangun malam dan dirikan tahajjud. Namun timbul persoalan lain kerana terdapat satu hadis daripada Ibnu ‘Umar bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda: “Jadikanlah akhir solat kamu pada waktu malam dengan witir.” [Muslim]


Secara zahirnya hadis ini menganjurkan bahawa solat witir merupakan solat malam terakhir kita, dan tidak boleh didirikan solat lain selepas itu. Jadi bagaimana pula dengan solat-solat tahajjud yang kita dirikan tu? Sah tak?


Sebenarnya, ada juga hadis lain yang menjelaskan perkara ini, iaitu hadis riwayat Imam Muslim yang menyatakan bahawa Baginda pernah bersolat sembilan rakaat, tidak duduk kecuali pada rakaat kelapan, kemudian selepas itu Baginda memberi salam. Kemudian Baginda solat dua rakaat selepas salam (yakni tahajud) dalam keadaan Baginda duduk. (Muslim)


Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi solat sembilan rakaat, lapan rakaat didirikan sekaligus dan kemudian salam, sebelum dilanjutkan dengan satu rakaat witir. Hadis ini menurut Imam al-Nawawi menjadi dalil bahawa diharuskan mendirikan solat tahajjud, walaupun sesudah kita mengakhiri solat kita dengan witir. Tiada keperluan untuk kita mengakhiri solat tersebut dengan witir sekali lagi.


Apakah Solat Tahajjud Harus Tidur Dulu?

Timbul persoalan adakah perlu tidur dulu untuk solat tahajjud? Seperti yang saya sebutkan solat tahajjud ini sebahagian daripada jenis solat-solat malam. Ia dinamakan solat tahajjud, sebab dilakukan selepas daripada tidur malam. Begitu juga dengan solat witir, ia juga sebahagian daripada solat-solat malam. Bezanya hanya pada nama dan masanya sahaja.


Waktu yang afdhal dikerjakan solat witir ialah pada akhir malam jika seorang itu bertahajjud. Jika tidak bertahajjud (tidak bangun malam), maka disunatkan dikerjakan pada awal malam iaitu sejurus selepas menunaikan solat fardu Isyak dan ratibnya.


Sabda Nabi s.a.w.:“Bagi sesiapa yang bimbang untuk tidak dapat bangun pada akhir malam, maka lakukanlah witir pada awalnya, dan sesiapa yang mampu untuk bangun pada akhirnya maka lakukanlah witir pada akhir malam, maka sesungguhnya solat pada akhir malam adakah disaksikan, dan itulah yang afdal.” (Bukhari)


Dengan ini…

Solat tahajjud juga merupakan solat witir pada waktu yang sama; jika sebelumnya belum dilakukan solat witir pada awal malam. Ini kerana memang digalakkan akhiri solat malam dengan witir.


Jika sudah witir sebelumnya, ia hanya dikira tahajjud sahaja kerana tiada dua witir pada satu malam, berdasarkan hadis yang disebutkan sebelum ini.


Waktu Solat Tahajjud

Seperti yang disebutkan sebelum ini, waktu tahajjud adalah selepas bangun tidur pada malam atau awal pagi. Namun, bilakah waktu yang paling terbaik?


Mari kita renungkan dua hadis berikut ini:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: Tuhan kami turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga akhir malam. Allah berkata: Sesiapa yang berdoa kepada Aku maka Aku akan makbulkan untuknya. Sesiapa yang meminta kepada Aku maka Aku akan berikan kepadanya. Sesiapa yang memohon keampunan kepada Aku maka Aku akan ampuni dia. (Sahih Bukhari)


Ertinya: “Solat yang paling disukai kepada Allah ialah solat Nabi Daud, dan puasa yang paling disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud. Baginda tidur separuh malam dan bangun sepertiga daripada malam dan tidur pada seperenamnya, dan berpuasa sehari dan berbuka sehari


Berdasarkan kedua hadis tadi, menurut para Ulama, Jika malam dibahagikan kepada dua bahagian, maka solat pada akhirnya adalah lebih baik daripada bahagian awalnya. Jika dikira daripada selepas Isya, jam 8.30 malam, dan Subuhnya 5.31 pagi adalah 9 jam. Maka sepertiga malam terakhir ialah dalam lingkungan 2.30-5.30 pagi.


Jika malam terbahagi kepada tiga bahagian, waktu yang paling afdhal ialah pada pertengahan sepertiga malam adalah lebih afdal daripada sebelum itu. Ini bermakna jika waktu Subuh adalah sekitar 5.31 pagi, maka masa yang paling afdhal ialah sekitar antara jam 3.30 pagi hingga 4.30 pagi.


Solat Tahajjud Berapa Rakaat?

Untuk mengetahui rakaat solat tahajjud atau witir ini, mari kita renungkan hadis berikut:


Daripada ‘Urwah, daripada ‘Aishah r.a., “Sesungguhnya Rasulullah menunaikan solat malam sebanyak 11 rakaat. Antaranya Baginda kerjakan secara ganjil, (yakni hanya) satu rakaat saja. [Muslim]


Mengikut pendapat mazhab Shafi‘i bahawa sebanyak- banyaknya ialah 11 rakaat sahaja.

Pendapat ini sebenarnya bukanlah untuk menafikan kesahihan hadis yang menyatakan Nabi pernah solat malam atau witir sehingga 13 rakaat. Cuma pendapat ini lebih dipilih menurut pendapat mazhab Shafi'i kerana Baginda s.a.w. lebih banyak mendirikan solat tahajjud atau witir dalam 11 rakaat berbanding 13 rakaat. Namun, bagi sesiapa yang ingin bersolat sebnayak 13 rakaat pun tidak mengapa, kerana ada sandarannya.


Suka juga saya ingin berkongsi, bahawa diriwayatkan Aishah r.a. pernah menyatakan bahawa solat malam Nabi ini mengambil masa satu pertiga daripada malam dan sebanyak 11 rakaat. Ini bermakna solat Nabi sebanyak 11 rakaat ini mengambil masa sehingga 2-3 jam!


Cara Solat Tahajjud

Walaupun pernah diriwayatkan dalam sahih Muslim bahawa Nabi s.a.w. solat malam dalam bilangan ganjil sebanyak lima rakaat. Baginda tidak duduk sama sekali dalam lima rakaat tersebut kecuali pada bahagian akhirnya sahaja serta riwayat-riwayat lain yang pernah saya sebutkan sebelum ini.


Namun cara yang lebih afdhal, ialah dengan melakukan salam setiap dua rakaat, kerana cara inilah yang masyhur diamalkan oleh Rasulullah berbanding dengan solat beberapa rakaat sekaligus.


Pernah diriwayatkan daripada Ibnu Umar, bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah tentang solat malam. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat malam itu (dilaksanakan) dua rakaat, dua rakaat. Jika salah seorang daripada kamu khuatir akan tibanya waktu subuh, hendaklah ia solat satu rakaat sebagai witir terhadap solat-solat yang telah dilakukannya. [Bukhari]


Begitu juga hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bahawasanya Nabi bersabda,

Dengan cara yang lebih afdal, ialah dengan melakukan salam setiap dua rakaat, kerana cara inilah yang masyhur diamalkan oleh Rasulullah (Bukhari)


Antara sebab afdalnya peluang beribadah lantaran diperbaharui niat dan doa di penghujung solat dan juga salam serta lain-lain lagi. Maksudnya setiap solat dua rakaat ada niat, berbanding dengan dengan solat sekaligus. Maka setiap niat dapat pahala tambahan kerana niat yang baik itu ada ganjarannya. Begitu juga dengan doa di setiap penghujung tahiyyat akhir (Boleh rujuk lebih lanjut di buku saya, Seindah Solat Nabi).


Bacaan Solat Tahajjud

Berbeza dengan solat yang didirikan oleh Baginda bersama para sahabat. Baginda jika bersolat bersendirian, solat Baginda agak lama kerana membaca surah-surah yang panjang

Begitu juga ketika Baginda rukuk dan sujud akan diisi dengan bacaan zikir dan doa yang agak panjang. Hal ini jelas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah bin al-Yaman yang menyatakan bahawa Baginda pada rakaat pertama akan membaca sehingga ayat ke-100 daripada surah Baqarah al-Baqarah sebelum rukuk. Baginda kemudian akan membaca baki ayat surah al-Baqarah pada rakaat seterusnya, kemudian surah Ali ‘Imran dan diakhiri dengan surah al-Nisa’. Baginda juga diriwayatkan bahawa ketika sampai pada ayat tasbih, Baginda akan bertasbih. Jika sampai pada ayat berdoa, Baginda akan berdoa. Rukuknya juga agak lama, begitu juga dengan i'tidal serta sujudnya.


Boleh diambil daripada keumuman hadis ini, bahawa amalan solat tahajjud atau witir Nabi menunjukkan bahawa Rasulullah membaca sebahagian besar daripada surah al-Baqarah pada rakaat pertama. Kemudian menyambung lebihan ayat daripada surah al-Baqarah, dan disusuli pula dengan surah al-Nisa’ dan Ali ’Imran pada rakaat kedua.


Manakala dalam riwayat lain, disebutkan bahawa pada solat witir yang dilakukan sebanyak tiga rakaat sahaja atau pada tiga rakaat yang terakhir. Menjadi amalan Rasulullah membaca surah al-A’la dalam rakaat pertama. Dalam rakaat kedua dibaca surah al-Kafirun, manakala dalam rakaat ketiga dengan surah al-Ikhlas sahaja atau bersama al-mu’awwizatayn.


Dengan itu, boleh dibuat kesimpulan pada solat malam jika bersendirian, bolehlah dibaca surah yang panjang, jika kita hafal. Jika tidak, boleh juga dibaca dengan memegang mushaf al-Quran. Namun, boleh juga dibaca surah yang lebih ringkas, kerana itu juga ada sandarannya seperti riwayat yang kedua.


Manakala sama ada dibaca secara jahr (kuat) atau sir (perlahan), memadailah dapat difahami kita digalakkan membaca jahr atau sir bergantung kepada keadaan, boleh juga dibaca antara kuat dan perlahan bersandarkan kepada riwayat A’ishah r.a. ketika beliau ditanya oleh Ghudhaif bin Harith r.a.:


Dari Ghudhaif bin al-Harits Radhiyallahu anhu, dia mengatakan, “Aku bertanya pada A’ishah r.a., apakah engkau memperhatikan salat witir Rasulullah s.a.w di awal malam atau di akhir malam, ia menjawab (Aishah), kadang kadang ia solat witir di awal malam kadang pula di akhir malam, aku berkata: ‘Allahu akbar, Alhamdulillah (segala puji hanya milik Allah) yang telah memberikan kemudahan dalam masalah ini lalu aku bertanya, apakah engkau memperhatikan ‘Bagaimana bacaan Rasulullah s.a.w., apakah suaranya dikuatkan atau diperlahankan?’ A’ishah menjawab, Baginda terkadang mengeraskan bacaannya dan terkadang dikecilkan.’ Aku berkata, ‘Allahu akbar, Alhamdulillah (segala puji hanya milik Allâh) yang telah memberikan kemudahan dalam masalah ini. (Abu Daud)


Doa Solat Tahajjud


اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ ‏ ‏قَيَّامُ ‏ ‏السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ ‏ ‏أَنَبْتُ ‏ ‏وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْتُ وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ أَنْتَ إِلَهِي لاإِلَه إِلا أَنْتَ


Ertinya: “Ya Allah, Engkaulah pemilik pujaan. Engkau lah cahaya beberapa langit dan bumi. Engkaulah Pemilik pujian. Engkau lah yang Maha Mengatur (peredaran) langit dan bumi. Engkau lah Pemilik pujian. Engkaulah Tuhannya langit dan bumu serta makhluk yang berada di dalamnya. Engkaulah Zat Yang Hak. Janji-Mu adalah benar. Firman-Mu adalah benar.

Berjumpa dengan Mu juga adaah sesuatu yang benar (akan terjadi). [Keberadaan] syurga adalah benar. Dan keberadaan hari Kiamat juga adalah benar. Ya Allah hanya kepada-Mu aku berserah diri. Hanya kepada-Mu aku beriman. Hanya kepada-Mu aku bertawakkal. Hanya kepada-Mu aku kembali. Hanya kepada-Mu aku mengadakan perlawanan [kepada orang yang mengingkari-Mu] Dan hanya kepada-Mu aku berhukum. Oleh kerana itu, ampunilah dosa-dosa yang telah lampau yang aku rahsiakan, dan yang aku perbuat secara terang-terangan. Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan selain Engkau.” (Muslim)


Doa di atas ini, biasanya disebutkan untuk dibaca selepas solat tahajjud pada nota-nota atau buku solat tahajjud yang ada di pasaran. Cuma mengikut hadis-hadis yang sahih, ia sebenarnya dibaca Nabi ketika bacaan doa iftitah pada sebarang solat-solat malam termasuk solat tahajjud. Dengan itu, jika dihafal doa ini, sebaiknya bacalah ketika doa iftitah. Namun, jika tak berapa hafal, boleh juga diamalkan sesudah selesai solat.


Bagi yang ingin membaca artikel-artikel lain yang menarik berkenaan informasi tentang solat dan lain-lain artikel, sila ke link berikut, https://www.yusriyusoff.com/articles/


Bagi yang ingin memiliki buku Seindah Solat Nabi, sila ke link berikut, https://www.yusriyusoff.com/shop-front


Bagi mengetahui kursus-kursus menarik berkaitan solat, sila ke link berikut, https://www.yusriyusoff.com/religious-classes



Solat Tahajjud
Indahnya bermunajat di sampingNya

40 Comments


dwainnervi55
5 hours ago

Một nền tảng có định hướng rõ ràng thường thể hiện qua các mục tiêu cụ thể theo từng giai đoạn. Khi theo dõi kế hoạch có thể thấy hệ thống đặt mục tiêu đạt hơn 1.500.000 tài khoản trong giai đoạn 2025–2026. Trong quá trình phát triển, c168 duy trì tốc độ tăng trưởng người dùng trung bình từ 20–25% mỗi tháng. Song song đó, nền tảng hướng đến việc xây dựng môi trường giải trí ổn định và minh bạch. Điều này cho thấy định hướng không chỉ tập trung vào số lượng mà còn duy trì chất lượng lâu dài.


Like

Mình thường ưu tiên kiểm tra những thao tác cần xử lý nhanh để xem hệ thống có giữ được độ ổn định hay không khi sử dụng liên tục. Trong quá trình trải nghiệm, mình thấy các bước phản hồi ở đây diễn ra khá đều nên không bị khựng khi thao tác nhiều lần. Khi tìm hiểu thêm về https://8kbetbh.com/  mình nhận ra việc tối ưu giao diện giúp giảm đáng kể thời gian chờ giữa các bước. Nhờ vậy khi sử dụng lâu, mình vẫn giữ được sự liền mạch và không gặp tình trạng phải thao tác lại nhiều lần


Like

Đôi khi khi chơi nổ hũ trong thời gian dài, mình lại để ý đến cách hệ thống giữ được nhịp quay ổn định giữa các phiên, vì chỉ cần bị chậm hoặc giật là sẽ mất cảm giác liền mạch ngay. Những nền tảng không tối ưu thường dễ bị khựng khi chuyển đổi giữa các vòng quay. Ở góc nhìn này, nổ hũ giữ được tốc độ phản hồi khá đều nhờ tối ưu xử lý liên tục, từ đó khi mình bắt đầu từ nổ hũ jackpot, chuyển sang các game chủ đề như Thần Tài hay Kho Báu, thử thêm bắn cá rồi quay lại slot vẫn giữ được nhịp chơi ổn định và không bị đứt…


Like

dwainnervi55
a day ago

Cách sắp xếp giao diện trong các nền tảng hiện nay đang được tối ưu theo hướng giảm thao tác và tăng khả năng theo dõi liên tục. Khi các nội dung được đặt trong cùng một không gian, việc chuyển đổi trở nên nhanh hơn mà không cần tải lại nhiều lần. Trong quá trình sử dụng tài xỉu online có thể thấy dữ liệu và kết quả được hiển thị rõ ràng giúp việc quan sát không bị gián đoạn. Không chỉ dừng ở việc xem kết quả, cách trình bày còn hỗ trợ việc theo dõi dài hạn. Khi sử dụng lâu, điều này giúp giảm thao tác thừa và giữ trải nghiệm ổn định hơn


Like

dwainnervi55
a day ago

Trong quá trình tham gia cá cược trực tuyến, mình nhận ra rằng các thao tác liên quan đến dữ liệu cá nhân rất dễ gây gián đoạn nếu hệ thống không kiểm soát tốt từng bước xử lý. Quan sát cho thấy những nền tảng có cơ chế bảo mật rõ ràng sẽ giúp hạn chế lỗi khi thao tác liên tục giữa nhiều nội dung. Khi sử dụng thực tế, trong hệ thống luckywin cơ chế bảo mật nhiều lớp giúp mình giữ dữ liệu ổn định xuyên suốt quá trình tham gia, từ quay thưởng, tham gia bàn chơi đến theo dõi kết quả quay số hoặc lựa chọn kèo thể thao. Toàn bộ trải nghiệm nhờ vậy…

Edited
Like

For enquiry on any classes and consultation services, please email yusri@yusriyusoff.com.

For any other enquiry, please fill out the form on the right and we’ll get back to you as soon as we can.

Ustaz Yusri Yusoff

yusri@yusriyusoff.com

+65 8949 4642 (Whatsapp Text Only)

Singapore

Thanks for submitting!

  • Facebook
  • Black Facebook Icon

© 2021 by Yusri Yusoff. Proudly created with Wix.com

bottom of page